|
Jaminan Pulangan Wang
Pihak VideoBuatBlog.com akan memberi pulangan 100% wang anda dengan beberapa syarat berikut :-
1. Pembeli telah dengan daya usaha sendiri
membuat blog sendiri berdasarkan tutorial yang diberikan. Pembeli telah
menghubungi pihak VideoBuatBlog.com samada melalui email, telefon
atau sms dan telah menunjukkan usaha yang bersungguh untuk membuat blog.
2. Pembeli diwajibkan menghantar bukti blog yang telah dihasilkan walaupun tidak berjaya untuk proses pengembalian wang.
3. Bayaran akan dibuat kepada pembeli dalam masa 10 hari bekerja
Muat turun video dan salinan ke media lain
Segala jenis muat turun atau download yang
telah dibuat oleh pengguna adalah untuk kegunaan sendiri sahaja dan
tidak boleh diedarkan kepada orang lain selain dari pembeli.
Video ini juga tidak boleh digunakan di
dalam sebarang bentuk latihan untuk paparan umum. Sekiranya pengguna
memerlukan video ini digunakan untuk tujuan latihan, pengguna perlulah
mendapatkan lesen khas dari penerbit.
Hak Cipta Terpelihara
1. Tidak dibenarkan mana - mana bahagian di dalam ebook panduan ini
dicetak semula, dipindah milik dalam apa jua format samada elektronik,
mekanikal, fotokopi, rakaman, imbasan atau sebarang format simpanan
tanpa kebenaran bertulis dari pihak VideoBuatBlog.com. Ebook &
Video ini adalah untuk kegunaan anda sahaja dan dilarang menyebarkan
ebook ini dalam apa jua bentuk termasuklah memuat naik (upload) dan
menyebarkan di forum, lama upload/download dan sebagainya. Pihak kami
tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya didapati
anda melakukan perkara-perkara ini. tanpa mendapat persetujuan dan
keizinan daripada penulis ebook & video ini Azahari bin Waid.
2. Produk ini terlindung dengan Hak Cipta
Terpelihara daripada pihak penulis dan penerbit dibawah Akta Hak Cipta
1987 dan mana-mana undang-undang Harta Intelek yang berkaitan di negara
ini.
3. Sesetengah nama, informasi, logo, imej,
rekacipta, tajuk, isikandungan pada halaman web dan produk keluaran
adalah dilindungi oleh Akta Hak Cipta 1987. Sebarang penggunaan tanpa
mendapat keizinan daripada pihak kami, tindakan undang - undang akan
diambil.
Penafian
1. Segala penerangan yang dibekalkan di dalam produk sama ada secara
langsung atau tidak langsung tidak menjamin bahawa setiap pengguna akan
berjaya mengikut langkah - langkah yang diberikan walaupun pihak
penerbit telah memastikan segala usaha yang diberikan adalah yang
terbaik.
2. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kerosakan
atau kecederaan yang anda perolehi semasa menggunakan perkhidmatan dan
produk kami. Perkara ini termasuklah sama ada : serangan virus,
kerosakan komputer, kecederaan pada diri, serangan penggodam, kegagalan
sistem berfungsi mengikut kehendak anda.
3. Pihak kami tidak menjanjikan dan menjamin sebarang pendapatan
yang akan diterima oleh pengguna. Semuanya adalah bergantung kepada
usaha dan kerja keras pihak pengguna itu sendiri.
Polisi Anti-SPAM
Kami mengamalkan polisi anti-SPAM. SPAM adalah perbuatan menghantar
email kepada individu yang tidak dikenali atau tanpa kebenaran atau
menggunakan perisian untuk mendapatkan senarai lama (list) dan
mempromosi secara melulu tanpa etika. Sekiranya anda melakukan aktiviti
SPAM, kami tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tegas.
Sekiranya menggunakan SPAM bagi mendapatkan jualan melalui agen
affiliate, pihak kami tidak akan membayar komisen tersebut. Pihak kami
berhak menolak jualan affiliate dari mana-mana sumber yang dirasakan
mempunyai unsur SPAM.
Polisi Affiliate
Program Affiliate yang kami tawarkan boleh dimansuhkan pada bila-bila
masa dan pihak kami berhak menolak jualan yang datang dari website yang
meragukan dan melanggar etika. Program ini tidak menjanjikan apa-apa
pulangan mahupun keuntungan dan apa-apa risiko ditanggung oleh individu
yang menyertainya. Kami berhak menolak permohonan atau membuang id
affiliate yang menyalahi terma & syarat ini.
Lain-lain
Terma & Syarat boleh berubah mengikut
masa. Kegagalan mengikuti terma dan syarat boleh menyebabkan keahlian
atau agen anda ditarik balik. Kami berhak menarik balik apa-apa tawaran
atau keahlian pada bila-bila masa sahaja.
|